Kehidupan ini penuh dengan cabaran dan untuk mencapai ke tempat yang tenang bukanlah suatu perkara yang mudah. Kita andaikan diri kita seperti sungai yang mengalir dari bukit yang jauh dan ingin mencari jalan ke laut yang tenang dan tinggal selamanya di lautan itu dengan gembira bersama dengan spesis-spesis lautan serta menjaga mereka seperti keluarga sendiri. Hahaha ianya tidak begitu menarik untuk di dengar. Tapi kita dapat melihat sungai itu bagaimana ia menempuh jalannya untuk sampai ke laut, pelbagai halangan yang di hadapinya,dengan batu yang besar, dengan juram yang dalam, dengan sifat kasihan terhadap spesis-spesis yang memerlukan air sungai. Maka ia terpaksa tinggal untuk sementara di suatu bahagian bagi melindungi hidupan di sungai. Tapi ia akan berlalu jua akhirnya bagi mencapai kemahuannya yang ingin menemui laut yang luas dan di katakan mempunyai keindahan yang lebih nyata dari yang sebelumnya.
Sebenarnya, penceritaan air sungai ini adalah untuk memberi kita pandangan, dimana kita sebagai manusia ini hidup seperti mengalirnya air sungai tersebut. Hidup kita penuh dengan cabaran dan derita. Tapi kita juga harus berfikir bahawa, dalam cabaran dan derita yang kita hadapi itu adalah sebab Pencipta kita sayang akan diri kita, dan Dia ingin melihat sejauh mana kita membalas kasih sayangnya itu. Kehidupan duniawi ini tidak akan membawa kita kemana mana jika kita hanya menjalankan kehidupan ini dengan sambil lewa.
Setiap yang perbuatan yang kita lakukan haruslah di teliti dengan betul sama ada ianya betul atau salah dan buanglah yang keruh ambil yang jernih. Sentiasalah kita sebagai manusia berfikiran positif agar tidak sesuatu masalah yang kecil itu tidak diperbesar-besarkan. Janganlah di sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Sentiasalah memaafkan kesalahan seseorang walaupun sukar, kerna belum tentu dosa kita di maafkan atas kesilapan yang kecil itu. Akhir sekali, balaslah dengan kebaikan jika seseorang itu berbuat jahat terhadap kita, pasti ada hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment