Setiap detik dan saat yang ku rasakan dalam hidup ini bagaikan membelengu diriku. Tapi aku cuba sentiasa bersyukur dengan pemberian yang Tuhan berikan kepada ku. Apa salah aku hidup pun aku tak tahu. Mungkin aku telah memilih jalan yang salah sehingga aku kekadang menyedari yang aku ni langsung tidak berguna untuk meneruskan hidup yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Aku bersyukur kerna aku diberikan nafas untuk menghirup udara segar, sungguh indah ciptaan Tuhan. Aku juga bersyukur kerna ada ibu yang sanggup bersusah payah menjaga ku dari kecil hingga dewasa dan aku amat menghargainya. Tapi aku masih terasa banyak dosa yang aku lakukan walau ada kebaikan yang banyak aku curahkan. Aku tidak mencari apa-apa dalam dunia ini, kerna aku akan mati juga suatu hari nanti. Dugaan dalam dunia ini terlalu mencabar bagi ku. Apabila ku melihat orang gembira dan bahagia keluar masuk kelab menari terkinja-kinja, hidup senang-lenang. Tapi bagiku itu semua tidak berguna kerana ia tidak memberi hasil apa-apa bagiku. Ku tahu ku pernah lakukan kesilapan tapi tidaklah sampai aku menawarkan diriku masuk ke kelab-kelab untuk menghilangkan tekanan hidup. Banyak lagi cara lain untuk menenangkan fikiran, mendapatkann pedoman baru.
Cerita hidupku hanya aku yang tahu secara keseluruhannya dan Tuhan itulah yang pertama mengetahui. Bukan mudah untuk kita bercerita tentang kisah hidup kita kepada orang lain walau dengan suami atau ibu kita sendiri. Kisah hidup ada yang perlu diceritakan dan ada yang tidak perlu dan tidak penting untuk di ceritakan. Sama ada terpaksa atau menurut kehendak hidup, aku harus perlu terus meneruskan kehidupan ini, berjalan sehingga sampai ke penghujungnya.
Kisah cinta terlalu banyak ku lalui dan terlalu perit untuk ku rasakan apabila kecewa menghantui diri. Terlalu banyak untuk difikirkan. Hidupku bagaikan terumbang ambing tanpa arah tujuan. mungkin bagi orang lain aku ada arah tuju yang baik, tapi bagiku terlalu sukar untuk ku mencari arah tuju yang baik buatku. Apakah kesudahan hidupku pun ku tidak tahu. Kerana hany Tuhan itu sajalah yang maha mengetahuinya.
Kadang-kadang aku berfikir yang aku terlalu diperlekehkan, tika hidupku merasa bersemangat, semangat itu dipatahkan. Aku di jatuhkan tanpa aku sedari, tapi aku masih cuba untuk berdiri, mungkin sebab aku tidak mengenal erti putus asa. Walau kadang aku terleka, aku masih mampu untuk melihat siapa diriku sebenar. Sakitku tiada siapa yang tahu, senangku banyak yang menghampiri. Tapi siapalah aku yang perlu meminta simpati. Aku bukan begitu, ku tidak perlu simpati orang lain, sebab aku berfikir ada lagi yang lebih menderita dari ku. Yang penting bagiku, adalah keluargaku. ku ingin melihat mereka tersenyum.
Adakah aku terlalu bodoh? Ku pernah terfikir untuk bersendiri selamanya, tapi ku sentiasa memberi hati itu peluang untuk merasa cinta lagi sedangkan sudah banyak kali ianya terluka. Jika kali ini ku gagal lagi ku tidak tahu apa yang perlu ku lakukan. Ada orang yang baik mencintaiku. Aku terima seadanya. Tapi kadang ku rasa sakit hati olehnya. Ya hidup ini tidak akan pernah lari dari sakit, derita, kadang gembira dan ketawa menyelubungi sanubari. Andai ku tahu di mana penghujung hidupku, akan ku ciptakan detik waktu yang abadi untukku.
No comments:
Post a Comment