Tuesday, September 14, 2010

NOT GOOD ANYMORE!!!!!

Wahai manusia-manusia di dunia, kenapalah kita harus bermusuhan antara satu sama lain?? Kan tak baik kalau kita saling menghina sesama manusia, apatah lagi berkenaan dengan agama, bangsa dan negara. Walaupun kita berlainan kulit, saiz, bahasa, bangsa, agama dan sebagainya, namun kita adalah manusia ciptaan Tuhan dan kita datang dari tempat yang sama dan lahir dari tempat yang sama dan juga akan mati dalam bentuk yang sama walau berbeza cara kematiannya. Oleh itu, tidak perlulah kita mengejar benda yang hanya sementara, cukuplah sekadar kita merasa dan tidak terlalu tamak hingga menjadikan sesuatu perbalahan yang besar. Pada pandangan saya, kejadian kiamat itu tidak mungkin akan terjadi jika bukan kerana kekhilafan manusia sendiri, oleh kerana manusia tidak sedar lagi dengan apa yang mereka lakukan, sudah tentu dunia ini akan musnah dengan sendirinya atas perbuatan manusia. Lihat saja kejadian banjir yang berleluasa akibat daripada pembangunan yang tidak seimbang, malahan tanah runtuh sering berlaku akibat daripada penghapusan hutan, yang lebih mengerikan kes-kes seperti pembunuhan dan pembuangan bayi. Sunguh mengharukan sikap manusia zaman kini. Manusia semakin lupa dengan Tuhan dan melebihkan kehendak dunia. Akhirnya Tuhan akan membalas segala perbuatan manusia yang lupa akan Nya yang lebih berkuasa. Sememangnya, dunia sudah baru dan zaman sudah berubah. Namun kekhilafan manusia akan membinasakan diri mereka sendiri. Ingat-ingatlah dan renung-renungkanlah. Walau seorang yang alim sekalipun berkhotbah tidak kira apa agama sekali pun yang berdakwah, namun si Iblis tidak akan pernah berputus asa mencoba manusia. Sudah takdir menentukan bahawa dialah(Iblis) yang akan menguji kekuatan iman manusia. Semakin hari manusia semakin musnah dan yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kain putih yang terselamat dipinggiran pantai, manakala yang lainnya telah hanyut dibawa arus yang deras. Sekian.

1 comment: