Tuesday, October 26, 2010

Best Lucky

Rasa bertuah juga dapat menjalani latihan industri di hotel. Banyak pengalaman yang di dapati, selain itu dapat jumpa dengan pelbagai orang yang berbeza-beza tidak kira pangkat apa pun. Yang paling best nya dapat bos-bos yang baik-baik, dapat berkenalan dengan ramai orang. Senior pun semua tidak kedekut bagi tunjuk ajar. memang bestlah. Walau bukan ambil Course Hospitality, tapi beruntung dapat belajar serba sedikit berkenaan dengan hotel.
           Selama ini saya tidak pernah tahu bagaimana suasana dan bentuk keadaan dalam hotel, saya cuma tahu hotel itu adalah tempat penginapan. Tapi apabila saya menjalankan Latihan Industri di hotel, rupanya banyak perbezaan dari apa yang difikirkan. Banyak bidang yang boelh diceburi di  hotel rupanya. Tapi apa-apa pun kerja di hotel memang best walaupun kadang-kadang terasa tekanan juga tapi, ia merupakan satu cabaran yang patut di lalui. Wah!!! Memang best sangat dan rasa beruntung. Bos pun ok bah juga.
           Saya akan mengakhiri Latihan Industri tidak lama lagi, erm sedih juga. Tak mengapalah, ada peluang saya akan menceburi juga bidang perhotelan ini suatu hari ini. Kepada Bos-bos dan senior-senior, love u all..And Thank You For Everything..