Tuesday, September 14, 2010

NOT GOOD ANYMORE!!!!!

Wahai manusia-manusia di dunia, kenapalah kita harus bermusuhan antara satu sama lain?? Kan tak baik kalau kita saling menghina sesama manusia, apatah lagi berkenaan dengan agama, bangsa dan negara. Walaupun kita berlainan kulit, saiz, bahasa, bangsa, agama dan sebagainya, namun kita adalah manusia ciptaan Tuhan dan kita datang dari tempat yang sama dan lahir dari tempat yang sama dan juga akan mati dalam bentuk yang sama walau berbeza cara kematiannya. Oleh itu, tidak perlulah kita mengejar benda yang hanya sementara, cukuplah sekadar kita merasa dan tidak terlalu tamak hingga menjadikan sesuatu perbalahan yang besar. Pada pandangan saya, kejadian kiamat itu tidak mungkin akan terjadi jika bukan kerana kekhilafan manusia sendiri, oleh kerana manusia tidak sedar lagi dengan apa yang mereka lakukan, sudah tentu dunia ini akan musnah dengan sendirinya atas perbuatan manusia. Lihat saja kejadian banjir yang berleluasa akibat daripada pembangunan yang tidak seimbang, malahan tanah runtuh sering berlaku akibat daripada penghapusan hutan, yang lebih mengerikan kes-kes seperti pembunuhan dan pembuangan bayi. Sunguh mengharukan sikap manusia zaman kini. Manusia semakin lupa dengan Tuhan dan melebihkan kehendak dunia. Akhirnya Tuhan akan membalas segala perbuatan manusia yang lupa akan Nya yang lebih berkuasa. Sememangnya, dunia sudah baru dan zaman sudah berubah. Namun kekhilafan manusia akan membinasakan diri mereka sendiri. Ingat-ingatlah dan renung-renungkanlah. Walau seorang yang alim sekalipun berkhotbah tidak kira apa agama sekali pun yang berdakwah, namun si Iblis tidak akan pernah berputus asa mencoba manusia. Sudah takdir menentukan bahawa dialah(Iblis) yang akan menguji kekuatan iman manusia. Semakin hari manusia semakin musnah dan yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kain putih yang terselamat dipinggiran pantai, manakala yang lainnya telah hanyut dibawa arus yang deras. Sekian.

Monday, September 6, 2010

Just Story

Sekarang saya sedang pratikal di sebuah hotel di Kota Kinabalu Sabah. Saya pelajar pratikal dari sebuah Institut Pengajian Tinggi Politeknik di Malaysia. Saya ambil Kursus Diploma Pengajian Perniagaan bahagian Pengurusan punya. Best juga blajar kursus ni coz memang minat kan. So, di hotel ni sekarang saya latihan pratikal di bahagian Sales & Marketing Department dan memang sesuai lah dengan saya punya course kan. Tapi sebelum saya masuk bahagian Sales & Marketing Department, saya dihantar oleh pengurus Human Resource untuk buat latihan pratikal di bahagian Front Office Department. Tapi saya berada di Front Office Department cuma dua minggu jak, sebab saya tidak mahu kerja ikut shift kerana ada masalah kenderaan, so susahlah nak kerja shift. setelah dua minggu tu saya berpindah ke Sales & Marketing Department lah. Best juga semasa bekerja di Front Office, coz banyak juga pengalaman yang saya dapat di sana, lagipun suasana bekerja pun tampak macam happy and not boring anymore.
          Now, here I am at Sales & Marketing Department. Here I have many things to do and look so busy everyday, but sometimes will free juga lah. I feel very tension before, when I starting here. Becoz have something that I don't like. Just forget it. But now, not tension anymore, even have more work to do. Coz I feel free and nothing to be hated.
         Haha.. Just a Story, but it's true ok..That's all & will be continued later..Bye bye..